Permintaan terhadap kasut terpakai atau bundle menyaksikan peningkatan berlipat kali ganda pada penghujung Ramadan berbanding hari biasa.<br /><br />Menurut salah seorang peniaga kasut bundle, Termizi Saari, kasut bundle terutama yang berjenama mempunyai peminat tersendiri dan dia terpaksa menambah stok bagi menampung permintaan pelanggan .
